Semasa kita kecil, kita mesti memasang cita-cita untuk menjaga ayah dan ibu ketika
besar nanti. Namun semua itu hanya impian. Hakikatnya tidak semua orang
mampu melakukannya. Jika ada pun, adakalanya merungut. Ibu bapa boleh
menjaga sepuluh orang anak, anak belum tentu boleh menjaga kedua-dua ibu
bapanya. Itulah perbandingan yang boleh dilakukan. Kami percaya ibu bapa di luar sana memerlukan kasih sayang daripada anak-anaknya. Kisah yang ingin dipaparkan ini berkisar tentang nasib seorang ayah bersama pinggannya.
Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,
Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva
yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur,
jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari
semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.
Dia merasa amat kekok menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar
bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar
dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal.
Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu,
tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu,
seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya
terlucut.
Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah.
Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya.
Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya
melihat, kemudian makan semula.
“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.
Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan.
Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu
makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu
makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu.
Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang
arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:”Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari
dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti
hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan
cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu,
begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba
mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
“Oh! Ya…” bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat
papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka
menggunakan pinggan yang sama.
“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu
makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung
datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas
senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
“Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,” kata Arwan
menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat
mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
“Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva
besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli
pinggan atuk,” kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang.
Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris
sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin
tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas.
Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya,
kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma
tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan
datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
“Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?” kata Viva pada ayahnya selepas makan.
Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
Moral:
Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya
satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka
selagi hayat dikandung badan!
Home »Unlabelled » Kisah Sedih Nasib Seorang Ayah Bersama Pinggannya (Sediakan Tisu) Konten Lain di Sini
amat terharu dengan ceritanya
BalasHapusDOMINOQQ <
sedih nian aku membacanya.
BalasHapusSedih..........
BalasHapusBandar Bola IDN
BalasHapusParlay Bola Jalan
Adu Tinju Ayam
Minimal Pasang Seribu
Judi Balap Kuda
Judi Balap Anjing
Bandar M88
Parlay Bola Jalan
Agen Resmi SBOBET
Daftar M88
Agen Bola m88
Prediksi M88
Togel Gaib
Nomor Togel Gaib
Pakar Angka Togel
Peramal Togel
Casino GD88
Bandar Casino GD
Agen Casino GD
Daftar Casino GD