Syaitan adalah musuh utama manusia.
Bila kita sebut
saja syaitan pasti dalam kepala kita mengatakan dari golongan makhluk
ghaib. Kenapa ini terjadi? Benarkah syaitan itu hanya dari golongan
makhluk ghaib seperti jin? Yang pastinya kita semua tahu yang syaitan
ini adalah musuh manusia yang nyata sepertimana firman Allah :
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu” (Al-Baqarah : 168)
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata” (Al-Baqarah : 208)
Didalam Quran juga
Allah telah menerangkan dengan jelas siapa yang dikatakan golongan
syaitan itu sepertimana didalam firman-NYA :
“Katakanlah: "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" (An-Naas : 1-6)
Firman Allah lagi :
Sebenarnya banyak
lagi firman-firman Allah didalam Quran yang menerangkan tentang golongan
syaitan ini. Maka rasanya tidak adil bagi kita sebagai manusia ini
menjatuhkan hukum dengan mengatakan hanya golongan jin saja adalah
syaitan.
Penjelasan Allah didalam firman-NYA tentangan golongan jin islam yang beriman :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami. Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak” (Al-Jin : 1 – 3)
“Dan Bahawa Sesungguhnya ada di antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan” (Al-Jin : 11)
“Dan Bahawa Sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), Kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa Yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya Yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan. Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar, (Al-Jin : 13 - 14)
Tsabr
Peranannya:
Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan..
Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah..
Maka datanglah Tsabr dan konco-konconya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan..
Seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi..
Supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali pada Allah..
A'war
Peranannya:
Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina..
Dan terus melakukannya dengan apa cara sekalipun..
A'war dan tenteranya akan menggambarkan keenakan dan keseronokkan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobarkan nafsu..
Miswath
Peranannya:
Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan..
Yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar..
Agar manusia itu akan kucar-kacir..
Hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh..
Sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat..
Dasim
Peranannya:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan..
Selalunya dalam kes rumahtangga..
Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan..
Zaknabur
Peranannya:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat..
Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan..
Kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan)..
Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan..
Kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi..
Serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan)..
Khanzab
Peranannya:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat..
Mengganggu umat Islam dalam melakukan solat..
Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah..
Dan mengelakkan agar solat menjadi sempurna..
Walhan
Peranannya:
Menganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwuduk (bersuci sebelum melakukan solat)..
Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya..
Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah..
Walhan juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu benda..
Rumusan:
Kuatkan
hati untuk mengerjakan perintah Allah agar kita menang untuk tidak cair
mendengar bisikan dan hasutan syaitan-syaitan ini..Semoga kita
mengambil kesempatan selama hidup didunia ini untuk mengabdi diri kepada
Allah dalam segala urusan dan sentiasa memperbaiki diri dan amalan
serta berusaha tidak meninggalkan solat yang wajib dan memperbanyak
solat sunat terutama solat taubat dan sentiasa berzikir mengingati Allah
agar kita terhindar dari menjadi golongan syaitan yang sesat dan rugi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar