Sekadar gambar hiasan
Ita.... nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.
Suatu
hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun
melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana
diperbuat daripada marmar. Ita tidak puas hati. Dicubanya pula pada
kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya
jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan
melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh
sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu
dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu
rumahnya, Narti.
Petang
itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.
Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"
Narti
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis
tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.
Ita
yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan
ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru
kepada ibu dan ayahnya.
Dia
berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat
ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin
bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti
apa-apa melaung kesakitan kesakitan.
Puas
memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si
ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman
yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa,
sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .
Si
bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri
anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat
menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.
Dilihatnya
tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis
teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil
itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.
Narti
kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak
itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.
Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.
"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.
Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan
bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.
"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.
Hati
ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur
pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya
ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia
menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya
apabila tidak sihat.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.
Sampai
waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus
membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke
hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada
pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah
terlalu teruk.
"Tangan
anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan,
tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Ayah
dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa
dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si
ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar
dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua
tangannya berbalut putih.
Direnung
muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
"Ayah..
ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat
lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si
ibu gagal menahan rasa.
"Ita
juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak
seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah
balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak
makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta
lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.
"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"
Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat
hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya
* Sedih sangat baca kisah ni ... dapat bayangkan rintihan anak kecil itu bila tengok tangan dia dah tak ada .. sedihnya ... menangis aku seketika ... tapi ye la ... ayah ngan ibu dia pun tak sangka jugak nak jadi cam tu ... selama ini pun ayah ngan ibu dia tak pernah pukul dia cuma ari tu jek terlampau marah sebab kereta baru kena conteng ... ingat sikit jek luka si anak .. rupanya melarat sampai kena potong tangan ... bak kata orang tua-tua .. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna ... jadi pengajaran kepada kita supaya marahkan anak berpada-pada .. jangan ikut perasaan sangat ... harta dunia buleh dicari .. nyawa anak hanya satu ... tak de galang ganti ... peringatan untuk aku jugak ... Insyallah ..
* Sedih sangat baca kisah ni ... dapat bayangkan rintihan anak kecil itu bila tengok tangan dia dah tak ada .. sedihnya ... menangis aku seketika ... tapi ye la ... ayah ngan ibu dia pun tak sangka jugak nak jadi cam tu ... selama ini pun ayah ngan ibu dia tak pernah pukul dia cuma ari tu jek terlampau marah sebab kereta baru kena conteng ... ingat sikit jek luka si anak .. rupanya melarat sampai kena potong tangan ... bak kata orang tua-tua .. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna ... jadi pengajaran kepada kita supaya marahkan anak berpada-pada .. jangan ikut perasaan sangat ... harta dunia buleh dicari .. nyawa anak hanya satu ... tak de galang ganti ... peringatan untuk aku jugak ... Insyallah ..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar