Pages - Menu

Senin, 28 Januari 2013

Kisah Sedih Seorang Ibu Bermata Satu

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam blog ni. Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu! Cerita si anak…..
Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari. Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!” Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!” Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya… Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!”KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri. Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya… “Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa… Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar. Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata…….. Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata… Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini… …Dengan kasihku kepadamu… …IBUMU…
Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
Wassalam..
http://www.illusi-maya.com/kisah-seorang-ibu.xhtml
Pertamanya, dalam penerangan al-fadhil ustaz berdasarkan surah Luqman yang telah dibaca oleh student, maksudnya “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.” dimana disini secara jelas hukum mentaati dan berbakti kepada orang tua iaitu ibu bapa kita adalah WAJIB, dan dijelaskan lagim oleh ustaz, bahawa antara dosa-dosa besar adalah mensyirikkan ALLAH, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh orang dan lari dari medan perang. Dan maksud derhaka disini ialah tidak berbakti dan tak mentaati ibu bapa.
Sebenarnya , dalam Al-Quran itu sendiri selain daripada surah Luqman itu sendiri, ada banyak lagi ayat dalam Al-Quran berkaitan dengan kewajipan mentaati ibu bapa, antara lain yang saya tahu dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” . Dan dalam surah An-Nisa’:36 bermaksud ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Hukum taat kepada ibu bapa itu wajib, maka haram untuk kita meninggalkan kewajipan tersebut, maksudnya disini seorang anak itu wajib mentaati kedua ibu bapa, dan jika tidak mentaatinya, maka dikira sebagai anak derhaka. Harus diingat sesungguhnya keredaan ALLAH itu terletak pada keredhaan kedua-dua orang tua kita.
Bagaimana pula cara berbakti kepada ibu bapa? Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya. Maka cara berbakti kepada mereka adalah memenuhi hak mereka.
Disini ada satu kisah, ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Al-fadhil ustaz juga menyebut, daripada seuah hadis, bahawa sesungguhnya kita tidak akan dapat membalas jasa orang tua kita, melainkan apabila mereka itu menjadi hamba, dan kita membeli serta memerdekakan mereka. Seterusnya adalah kita harus jalankan amanah yang diberikan mereka kepada kita, doakan kesejahteraan mereka walaupun mereka telah tiada, berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka dan mencukupkan keperluan mereka.
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah siltulrahim.

1 komentar:

  1. Gabung Bersama ErtigaPoker sekarang juga! dan rasakan sensasi yang berbeda!
    Tinggkat kemenangan lebih tinggi dari website lain-nya!
    Dan nikmati bonus DEPOSIT SETIAP HARI-nya!!!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% Perhari
    Bonus Refferal 15%(berlaku untuk seumur hidup)
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Rollingan Mingguan 0.3%
    Rollingan Bulanan 0.1%

    Link alternatif ErtigaPoker :
    ErtigaPoker.net
    ErtigaPoker.com

    BalasHapus