Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah
awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la
tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa
hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata
begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri
terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.
Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor
Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan
keperluan menyambut kelahiran.
Nisa
hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi
bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor
Johari menyuruh Nisa meneran ."Come on Nisa u can do it...once more...."
Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali
teran sahaja kepala baby sudah keluar "Good mummy" kata Doktor Johari
selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba
Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar
seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih
macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar
pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan
kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan
Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata
Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa
selalu kecil hati .
Tapi
Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan
Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa
berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel
sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang
kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu
memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada
Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat
lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak
dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa
balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung
tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat
memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan
yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan
sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak
cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah
penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg
syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik
cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri
sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa
dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.
Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.
Nisa
hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan
dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah
Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah
emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak.
Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main
baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah
daging kau pun tak senonoh heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam
engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh
saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya
menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal
haram, hukum hakam agama.
"Walaupun
saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan
berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah
daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina
keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak
kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak
kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila
habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri
bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu
tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan
keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa
menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin
Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada
Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya
lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat
sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba
naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa.
Nisa
tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam
keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke
dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara
Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari
dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau
hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita
pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak
membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja
keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak
hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati
aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang
pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa
kedinding.
Nisa
tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa
kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA
ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku
dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa
disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa
kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak..
.berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"
Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet,
Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di
salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke,
apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia
sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri
dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri
nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.
"Akulah
kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia
tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa
dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader
apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi.
Treet,
Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal
Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri
."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari ,
okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor
Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler
cepat" desak Zakri.
"Zakri,
kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan
Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang
dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa
Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian
itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah
mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat
sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya
diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa
menggigil...
"Doktor
Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa
memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya
so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu
dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya.
I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari
yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri
mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah
yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk
suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat
tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali
Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya
perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa
menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu
kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih
dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita
baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang
panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah
hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang
pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang
tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan
Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa
inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari
ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa
harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin.
Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita
dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang
malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging
nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial
dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan
segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah
emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak
sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin
mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut
Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga
Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada
disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah
Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial
dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan
Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING
GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI
TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN
MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri
terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.
Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai
begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian
Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa
di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri
lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali
terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
"Nisa
Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa
sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila
Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan
tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka
buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang
di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh
Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan
kepada neneknya.
Jenazah
Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar
bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar
mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih
ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya
KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan
lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar
dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa,
Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar
menangis.
"YA
ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik,
kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka
menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap
ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung
zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu
hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
cerita yang sangat inspiratif sekali.. kalau ingin tahu tentang cara membuat website yukk disini saja. terimakasih
BalasHapus